CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 24, 2008

Bagi merialisasikan impian para pengiat seni penulisan sajak untuk menyalurkan kreativiti anda, pihak PENAGILA mengalu-alukan para kepada pembaca untuk menghantarkan sajak-sajak anda kepada pihak kami untuk dimuatkan di dalam blog ini dan sila hantarkan kepada email kami penagila@hotmail.com. Sila nyatakan bersama nama pena anda, nama penuh (jika perlu)* dan tempat sebagai rujukan kami. akhir kata di atas sokongan dan dokongan dari anda, terlebih dahulu tidak lupa di ucapkan ribuan teima kasih.

Tuesday, September 23, 2008

Kerana???

kehampaan berlarutan
dibelenggu igauan hitam
merenung jauh kehidupan
yang jauh semakin suram

kerananya kau dapat kemewahan
namun tak kau sangka ianya takkan kekal
di sebalik belenggu kerakusan
kau lupa ianya takkan kebal

kini kerakusanmu sudah terbongkar
kehidupan umpama sangkar
menanti penuh membakar
kehidupanmu yang sangat samar

samar dari dunia yang bebas
kerana kau terkandas
dalam jerat yang melemaskan
dari kehidupan yang kau pilih sendiri
dari jalan lurus kepada jalan yang melingkar

Sekarang akan kau hidup... dan terus hidup
pada pikiran yang terpebenggu
terbelenggu dari kesenangan
terbelenggu dari kebebasan

Hasil Nukilan: Penagila

Wednesday, September 10, 2008

HARAPAN KU

Terkadang ku rasa panas…
Terkadang ku rasa sejuk…
Namun tak mengugat semangatku
Dan ku cekalkan hati
Meniti hariku
Menahan dahaga…
lapar…
dan nafsuku…
Yang selama ini ku manjai…
Kerana ku tahu imbalan menanti…
Bukan sekarang…
Tetapi besok yang sudah pasti
Sewaktu mulut tak berbicara
Tubuh berteriakan sebagai bukti
Mungkin amal ini sebagai bekalan
Sebagai penambal lubang yang terbuka
Kerana mungkin selama ini
Jiwa serakah menurut nafsu…
Kini tibanya bulan rahmat
Taburan kenikmatan untuk direbut
Hanya terpulang padaku
Untuk melaksanakan
PerintahNya

Penagila

Wednesday, August 20, 2008

SANG SURIA

Ribun… mendung… dipagi hari
Sang suria menerjah dicelah awan
Menanti waktu untuk bersinar
Menghadirkan seribu kenikmatan

Sang burung berkicau kegirangan
Sudah sampai waktu mencari

Melangkah berdayung masa
Menghayun keringat

tak pernah tahu erti lelah
Membanting tulang

Untuk menutup
Kekosongan…

Untuk menutup
kefakiran…

Untuk menutup
keaiban…

Sekadar mencari
Bukan meminta

Di sana-sini
Peluang…

Bukan dunia
ketandusan hasil

Cuma keinginan
Yang berbeza

Mahu atau tidak
Rahmat tak memilih rupa

Cuma usaha yang merubah
Jangan disalahkan sang suria
Berselindung disebalik malam
Menanti hari besok yang berbeza

Hasil Nukilan: Penagila

Saturday, August 9, 2008

BUKIT EMAS

Bukit lagi kan rata

Bila saja dicangkul

Cangkul

Angkul

Ngkul

Gkul

Kul

Ul

Ini kan pula

Harta yang bertimbun

Bila dibelanjakan

Belanjakan

Elanja

Lanja

Anja

Nja

Ja

Jadi janganlah boros dan membazir

Kerana ianya adalah

Sifat syaitan


Hasil Nukilan: Hj. Md. Harun HK

31 Mac 2008

CAKAP BERJELA-JELA

Cakap berjela-jela
Sehinggakan lidah menjelir
Air liur nya pun
Mengalir
Meleleh
Menitis
Namun cakapnya masih juga
Berjela-jela
Jela-jela
Jela
Jela
Ela
Ela
La
La
A
A
A
An
An
San
San
Osan
Osan
Bosan
Membosankan.

Hasil Nukilan: Hj. Md Harun HK
19 April 2008

Tuesday, April 22, 2008

BERKATA

Berkatalah jika kau tak bisu
Berkatalah jika kau mahu
Berkatalah jika kau tahu
Berkatalah jika kau mampu
Berkatalah hingga kau jemu
Berkatalah sebelum ajal menjemputmu

Tapi ingat
Berkata ada caranya
Jangan berkata bukan waktunya
Jangan berkata tak tahu apanya
Jangan berkata kalau tak tahu ertinya
Jangan berkata kalau tak tahu maknanya
Jangan berkata kalau tak tahu tafsirannya
Jangan berkata kalau tak tahu huraiannya
Kerana berkata tak mendatangkan apa-apa
Jika yang mengata tak sama seperti yang dikata

Berkata ada manisnya
Jika tahu tapisnya
Berkata ada riangnya
Jika tahu mengolahnya
Berkata ada kuatnya
Jika pandai menegaskannya
Berkata ada sakitnya
Jika yang dikata tak kena pada tempatnya.

Hidup bersendikan kata
Sebagai penyampai keraguan diri
Ingat tidak semua menerima kata
Jika tidak muhasabah diri

PenaGila

Monday, April 21, 2008

AKU YANG LAHIR

Detik pertama degupan jantungku
Bersamanya tumpah darah kehidupan
Mataku celik tak mengerti apa-apa
Mulut ternganga tidak menyapa siapa-siapa
Telinga mendengar tidak tahu bunyi apa
dan kini aku tahu aku manusia.

Aku bermain tanah dan air
Menyedut udara sambil menatap wajah langit
Di atas bumi lahir dan terakhirku
Semuanya akan ku junjung
Segalanya akan ku dukung
Bukti kesetiaanku nan agung.

Ku junjung langitmu
Dengan senyuman lebar
Selebar-lebar hingga ke telinga
Ku pijak bumimu nan sejuk segar empuk
Penuh kepuasan dan keriangan
Sambil melangkah satu-satu tanpa keliru.

Lantas,
Ku pahatkan sebuah sumpah
Penuh kesetiaan seperti pasak bumi
Pada raja pada negara
Dengan rasa cinta membara
yang tiada hentinya.

Cintaku buka cinta monyet
Cintaku dalam dada dan kepala
Dalam rangka, darah, daging juga nyawa
Biarlah
Aku rela jadi penampan
Menghadang petualang jalang.

Akan ku pertahankan
Milik hakiki ini
Membujur lalu melintang patah
Tanpa sisa tanpa berbaki
Kendati aku terbujur kaku
Atau hancur menjadi debu.

Hasil Nukilan: Noorhamy
Mei/2006

AKU YANG BERLARI

Aku yang berlari
Di atas batu-batu kerikil
Dalam larian langkah perlahan
Mergastua mengejekku sambil terbang lalu
Hilang di sebalik awan
Ungka dan siamang
Bergayut di puncak-puncak kayu
Tersengeh mengajukku
Terasa aku tidak istimewa.

Aku yang berlari
Di laluan sukar penuh jerangkap samar
Kadangnya terasa hambar
Lantas di dadaku berkata
Kata itu mesti dikota
Kerananya
Larianku semakin kencang
Tanpa menoleh ke belakang
Ke arah satu yang belum tentu
Hanya Dia yang tahu.

Hasil Nukilan: Noorhamy
Mei/2006

RAHMAT

Tuhanku sujudku padaMu
Mengemis lautan kasih, dalam naungan rindu mendakap kejap
Kerana di sini aku sendiri, tanpa teman menemani
Ketika aku mencari-cari siapa diri

Tuhanku tanpa sedar
Usia senja mengamit aku dalam ulitan nikmat
Di pentas syurga dunia, sering menipu mata dan hati
Yang lalai terlerai di buai mimpi dusta.

Tuhanku
Izinkan aku baring di pangkuanMu
Izinkan aku mengemis redha dan rahmat
Mohon basahi bibir dengan kalimah
Mohon lembutkan lidah dengan kitabullah
Agar perjalanan di hujung hayat
Selamat berkat
Di titian siratul mustaqim hari akhirat

Hasil Nukilan: IRAHAS H.T
9 Rabiulakhir 1425/ 15 April 2008

TERSINGKIR

Mulut menyerlah persis ribut
Fikiran kian bersarabut
Berebut-berebut tak tersambut
Hati berdebar semakin teruk
Ada yang dapat tertindih perut

Yang terbelakang rasa terjerut
Badan gendut tersinggir perut
Tubuh cangkir tertugging surut
Apakah pula perlu direbut
Umpama rokok menjadi curut
Ramai orang jadi terkejut
Orang tengah ketawa siuk

Takkan habis budaya heboh
Sana sini tumbang dan runtuh
Sekali sentuh sudah berjodoh
Silap di mata sudah bergaduh
Bertegang urat takan bersatu
Perangai sama si otak batu
Sama sendiri tuduh menuduh
Akhirnya tak mahu jatuh.

Mata menjeling tajam menerkam
Sentuhan hati bagai terbakar
Bagaimana mulut jadi bertengkar
Telinga merakam, lidah berputar

Badan bergerak menanti ruang
Tangan dan kaki mecari peluang.
Tinggal masa untuk berjuang
Jalan lurus jadi keruan.

Tak mungkin hujan menjadi awan
Ketika hati merasa rawan
Semasa kecil menjadi kawan
Sudah besar menjadi lawan.
Ketika itulah orang mejadi sawan.

Hasil Nukilan: Danial Pine
2008-04-07

SERAKAH

Kau buat sengaja
Buat apa saja
Tapi tak sengaja
Namun juga sengaja
Selalu saja bersahaja.

Penindasan hidup mu kau paksa
Kau kuasai hidup mu tak berwajah
Kau ubah diri mu rasa teruja
Kau merasa tak jemu berjaya

Kau ubah hidup disebalik cermin
Merancana orang lain tak berdiri
Kau ubah kehendak mu berdikari
Agar hidup mu mudah dicari

Hidup siksa derita tak kau rasa
Orang lain pula menjadi mangsa
Mereka tunduk tak berdosa
Merendah diri fikiran resah
Pasrah saja tidak berkuasa
Apa saja mahu mu menjadi nyata.

Hasil Nukilan: Danial Pine
2008-04-07

Tuesday, April 15, 2008

MAKAN


Makan boleh makan
Jangan sampai kebakuan
Makan boleh makan
Jangan sampai keterlaluan
Makan boleh makan
Jangan sampai kekenyangan
Kenyang dari nikmat
yang sementara
Sedang yang lain
dalam sengsara
Kita hidup umpama bersaudara
Susah senang sama merasa
Ingat nikmat maha kuasa
Kerana makan untuk hidup
Bukan hidup untuk makan

PenaGila

Monday, April 14, 2008

SEKIRANYA KITA BERADA DI SANA


Sekiranya kita berada di sana
Tentulah setiap masa dan ketika
Merasa gundah gulana
Tidur tidak lena
Makan tidak kenyang
Mandi tidak basah

Apa tidaknya
Ada-ada saja
Yang tidak kena
Bergaduh
Berkelahi
Berbunuh
Tembak sana
Tembak sini
Bom sana
Bom sini
Peluru tak bermata
Peluru tak memilih siapa
Terbanglah nyawa tanpa berkira-kira

Natijahnya
Hilanglah anak
Hilanglah isteri
Hilanglah suami
Hilanglah emak
Hilanglah bapa
Hilanglah saudara
Hilanglah teman
Hilanglah segalanya

Kita di sini
Hidup aman sentosa
Berkat iman dan takwa
kepada Illahi

Kita berdoa
Semogalah yang terjadi di sana
Tidak berlaku di sini


Hasil Nukilan: HJ.MD HARUN HK

HUJUNG JALAN


Kita sudah di penghujung
Jalan hidup ini
Tiada pusingan U lagi

Jalan yang semua orang telah lalui
Setiap insan menempuh onak dan duri
Disapa suka dan duka
Berselimutkan peristiwa pahit dan manis
Beruntunglah insan yang
Berpandukan Kitab Al-Quran dan Sunnah Nabi
Berbekal ilmu dunia dan akhirat
Itulah
bekalan abadi

Kita sudah di penghujung
Jalan ini
Amatlah rugi
Barang siapa yang tidak
Ambil peduli
Padahal buktinya tidak disangkal lagi
Andai ada yang masih dipertengahan jalan ini
Jika tersesat
Cepat-cepatlah kembali
Mengikut jalan yang lurus ini

Kita sudah di penghujung
Jalan ini
Bila Noktah hidup
Sudah ditanda tangani
Keluar air mata darah sekalipun
Tidak berguna lagi
Kerana
Kepada Allah
Kita akan kembali



Hasil Nukilan: HJ.MD HARUN HK

TAHU

Seandainya aku tahu yang kau tidak tahu
Aku tidak akan memberitahu
Aku tahu kau bukannya ingin tahu
walaupun diberitahu

Seandainya kau tahu yang aku ingin
Tahu
Sudah tentu kau tidak akan memberitahu
Perkara itu tidak akan diberitahu
Padahal semua orang sudah tahu
Kecualilah aku dan kau
Mahu tahu

Seandainya kita tidak tahu
Sedangkan semua sudah diberitahu
Ini ertinya
Kita berdua
Adalah orang tidak ambil tahu
Walaupun sudah diberitahu.

Hasil Nukilan: HJ.MD Harun HK

BULAN PENUH

Bulan penuh hanya
Seketika saja
Bijaklah berbelanja
Berbelanjalah setentunya berkira-kira
Berkira-kira pula mengikut sukatan
Upah yang tersedia ada
Simpanlah pula untuk
Persedian di hari muka

Bukannya apa-apa
Ini sekadar peringatan saja
Dan untuk renungan bersama
Kerana hari
Bulan penuh jauh lagi
Muncul di hujung sana

Jika boros tidak berkira
Akhirnya
Kita juga yang merana
Dan sengsara kerana
Pertengahan bulan
Kemarau sudah melanda
Sehingga ada yang
Melangui kasau
Yang putih merata
Dalam masa
Yang sama
Orang lain
Pula senyum mengira-gira
Menuju ke bank
Menambah simpanan

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK

Saturday, April 12, 2008

USAH DITANYA

Usah ditanya siapa aku
Yang bisu dungu membatu

Usah ditanya siapa aku
Tanpa ilmu bicara melulu
Ke hilir ke hulu bergitar berlagu
Seruling bambu pecah seribu suara sayu

Usah ditanya siapa aku
Yang dulu terpandang terbilang
Kini jatuh terlentang terbuang
Di bawah lembayung senja kian hilang
Di telan gelap malam

Aku bukan gila
Cuma keliru sering memburu
Kerana yang pintar dilontar
Yang dungu ditunggu

Aku tetap aku
Biar zaman dipermainkan
Namun aku tetap pendirian
Dipersemadian jalan pulang
Yang hakiki

Hasil Nukilan: IRAHAS HT
8 APRIL 2008

Monday, April 7, 2008

NOKTAH PERJALANAN


Hidup adalah perjalanan
seumpama berjalan di jalan
yang tak berpenghujung
hanya aku, kamu, mereka…
bebas memilih ke mana hendak dituju

ke kanankah…
ke kirikah…
ke belakangkah…
atau ke depan…
tapi ianya tidak menjanjikan apa-apa

ada yang berjalan jauh…
ada yang hanya dekat…
ada yang sekejap…
ada yang lambat…

ada yang berhenti
dan berjalan lagi
ada yang berhenti lama
dan berjalan lagi
ada yang berhenti
tak jalan lagi

apakah sudah cukup perjalanan aku
apakah sudah cukup perjalanan kamu
apakah sudah cukup perjalanan mereka
hanya yang tinggal
jalan tetap tiada penghujungnya
tapi perjalanan tetap akan berakhir

PenaGila

KULIT


Kulit…
Berbagai-bagai kulit
Boleh dipakai
Ada kulit
Harimau…
Buaya…
Ular…
Biawak…
Kulit sapi…
Asal ada kemahuan
Wal hal kulitnya sendiri
Telah tersedia

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK

Saturday, April 5, 2008

TIGA TOLAK DUA


Tiga tolak dua
Tinggal Satu
Berangan dipinggiran mimpi
Berebut kuasa yang menanti
Namun igauan yang tak pasti

Hilang saudara…
Hilang maruah…
Yang direbut kini terbukti
Burung terlepas
Tangan bertahi…

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK & PenaGila

SEDIKIT LAGI

Pada awal pagi
Perjalanan mencari rezeki
Tiba-tiba disatu persimpangan jalan
Sebuah kereta tidak berhenti
Membelok ke kanan
Tanpa toleh kiri… kanan…

Aku terkejut
Lalu mengilak ke kiri
Hanya sesaat jika tidak
Antara aku dan dia
Sedikit lagi!!!

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK

SENGSARA

Aku sudah muak melihatnya
Melalui mass media dan mata ini
Ia terjadi disekelilingku
Namun aku tak dapat mehalang

Sengsara………
Demi sebuah kebahagiaan
Kau terus sengsara dan sengsara
Untuk menyuap secubit nasi ke perut anakmu
Walau kau tahu
Belum akan berakhir
sengsara itu dalam diari hidupmu

sengsara……..
kulihat dunia yang fana ini
ianya wujud di sana sini
entah…. Adakah ianya perbuatan manusia
atau hukuman yang maha esa

dunia hanya bisa berkata
kasihan…………
oh kasihan………..
namun tangan-tangan ini terus bermaharaja lela
melakukan kesangsaraan terhadap siapa jua.

Aku hanya bisa pasrah
Kapan sengsara ini akan terus ku hadapi
Biarlah jenarasi ku nanti
Tidak akan meratapi kesengsaraan ini
Biarlah mereka akan terus hidup
Dalam kedamaian.

Hasil Nukilan: Ranjau Liku

BUNGA KUNING KUNTUM MELATI

Amat benarlah cerita orang
Bunga Kuning pancir sinaran
Sinaran ketaqwaan
Sinaran keagungan
Sinaran kecemerlangan
Sinaran kebenaran
Sinaran kebahagiaan
Sinaran keadilan.

Kuningnya adalah segala
Sesuci kuntum Melati
Lebih putih dari yang putih
dan lihatlah kita di sini
Mampu duduk bersilang kaki
Mampu berjalan berlenggang pergi
Mampu tidur dibuai mimpi
Mampu makan di sana sini
atau minum sepuas hati.

Lihat rumahmu
Mercu tanda kebahagiaan
Lihat anak bangsamu
Segak dan manis
Ayahmu, ibumu, datuk dan nenekmu
juga warisanmu
Telah melihat bukti nyata
Kita telah sekian lama berpesta
Bersama kebahagiaan
Yang diidamkan sejak berzaman
Di atas bumi Tuhan bersama iman.

Nukilan: Noorhamy
Feb. 2006

Friday, April 4, 2008

Reply from Simpur Webmaster

Thank you for choosing to list your blog on our Bruneian Blogs Directory. We'll gladly list your blog as 'PenaGila' under the Education category. You can now support the Bruneian blogging community by pasting the Blogging Nation links code on your blog. Simply visit Blogging Nation to find out how to paste the code. You can also now join the ?Bruneian Blogging Community? group in The Lounge @ Simpur, where you can mingle and meet other bloggers, and blog readers too. Simply click on ?The Lounge? on Simpur?s home page. Thanks again & have a nice day!

Regards,
Simpur Webmaster

Sekapur Sirih

Asalamualaikum, saya selaku penulis blog PenaGila mengucapkan terima kasih arah abiskita yang meluangkan masa melayari blog ani, terima kasih ani jua diucapkan kepada semua para team penulis PenaGila atas usaha serta sokongan bagi merealisasikan pembuatan blog ani, n inda lupa jua kepada SIMPUR BLOGGING NATION atas usaha menyenaraikan PenaGila dalam blogging nation tersebut.
Segala komen n seranan dari abis kita adalah sangat2 dialu-alukan bagi sama-sama membantu memartabatkan bangsa kita terutamanya urang Brunei.

MENDAYUNG HARAPAN


Duduk mu bertemankan sepi
dikekang mendung tiada penghujung
disaat suria menyinari alam
tunas-tunas hijau
menikmati hujanan kemewahan…

dimasa dan saat yang sama
kau umpama diulit mimpi ngeri…
mimpi gelap tanpa sudahnya

disisi coretan yang berbeza
diwaktu tunas hijau lainnya
mendayung kehidupan dengan kesenangan
kau terpaksa membanting tulang
mencari-cari seteguk harapan

hari- hari mu
hanya berbekalkan
sedikit harapan, tawakal dan usaha
bukan berharap meminta-minta
cuma mahu mendapat
secebis simpati serta dihormati

malangnya kau…
kau tetap
dicemuh…
dihina…
dan dicerca…
tanpa terdetik di hati mereka
sekelumit rasa simpati

namun
disaat kau layari kehidupan ini
kau berserah dan berdoa
memohon setitis harapan
kerana kau tahu…
kerana kau percaya…
bukan semua mereka
jahil…
bongkak…
dan kufur…
dari rahmat Allah yang pemurah

PenaGila

Thursday, April 3, 2008

DEBU

Kenapa ianya wujud?
Tanpa diundang
Tanpa dipinta
Namun dihati ini
Penuh debu

Ku siram dengan mawar
Tapi debu tak jua hilang

Ku sujud diri ini
Pada mu Tuhan kini aku tahu
Debu itu datang dan hilang

Hasil Nukilan: Ranjau Liku

MERDEKA PURIH BANGSA

Walaupun dirimu belum wujud ketika itu
Walau laungan itu berkumandang di telingamu
Namun kau bisa juga mengerti
Erti sebuah kebebasan
Dalam dunia yang penuh cabaran
Mengapai cita-cita dan tanggungjawab
Demi sebuah negara
Bernama Darussalam

Bersatu purih bangsa menuju kehadapan
Tanpa menoleh kebelakang
Berpandu arah orang tuamu
Kau menjulang sebuah negara merdeka

Biarlah kemerdekaan ini
Berlalu tanpa kau bisa menikmatinya semula
Namun itulah purih bangsa merdeka
Dalam abad yang berceramuk
dengan gelombang dan ladakan
tanpa sempadan

Hasil Nukilan: Ranjau Liku

Wednesday, April 2, 2008

BERBICARALAH


Dari wajahmu membisu seribu
Berhimpun segala rasa
Membeku di dalam jiwa
Berpunca dari sendiwara kehidupan

Kiniku pinta padamu
Alangkah molek berbicara
Meskipun lontaran ayat beracun
Atau sekadar sekelumit perkataan
Dari untaian perasaan mual menghambat

Akan ku biarkan bicaramu
Menghiris…
Membakar…
Mengunyah hati kecil ini

Akanku nikmati sepuas
Kau berbicara

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK
9hb Disember 1981

KESEPIAN


Sampai bila diri ini dalam kesepian
Berangan-angan dipinggiran mimpi
Mengukir cinta pada bayangan sendiri
Hidup mencari dan dicari
Seolah-olah bersendiwara
Lalu bertanya diri dan rupa
Ada apa disebalik senyum
Terus terang agar kesepian berakhir

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK

27hb Disember 1980

HARI MAKIN SENJA


Puas sudah kau tempuhi ranjau kehidupan ini
Puas sudah kau lalui zaman muda mu
Namun kenapa kau masih belum merasa puas
Menikmati kehidupan ini
Mengapa kau masih mahu
lalui jalan yang penuh liku ini


Kanak-kanak sudah mulai pulang
Bagai burung pulang ke sarang
Diri mu masih di sini
Dalam dakaman kerja yang membelengu
Dalam timbunan kerenah yang menghantui


Sedarlah wahai teman
Senja menjemput mu
Panggilan Baitullah belum kau penuhi
Hari ini tidak menjanjikan
Seribu impian yang pernah kau lalui

Hari-hari semakin senja
Menanti hari esok yang tak mungkin tiba

Hasil Nukilan: Ranjau Liku

Tuesday, April 1, 2008

KERUAK


Suaramu riuh rendah
Namun sekelumit rasa gundah gulana
Masih terpahat disanubarimu
Kerana hujan turun dengan lebatnya
Menandakan musnahlah zuriatmu

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK

PENANTIAN

Muncul mu disenangi
walau bermusim tetap dinanti
siang dan malam menjadi saksi
panas dan hujan teman sejati.

Hadir mu bawa ceria
igauan setiap pencinta
mengukir senyuman merasa teruja
penantian lebih bermakna.

Meranjau lubuk dalam pencarian
petua dan pengalaman jadi sandaran
pasang dan surut sebagai panduan
demi mencapai mengunung impian.

Aaaaaarghhh……..! Kenapa begini…!
santapan terhidang tidak dihiraui
terkadang mengeluh gusar dihati
sumpah seranah mengiringi.

Oohhhh…. Engkau di situ!
dilayani tanpa rasa jemu
begitulah perasaan hati kalbu
dalam pencarian sang Sepit Biru.

Hasil Nukilan : SyaNiq

Monday, March 31, 2008

BANGUNLAH DARI LELAPMU


Bangunlah dari lelapmu
Kerana suria kan terbit berseri
Meninggalkan subuh di dinihari
dan kau perlu berlari mencari
Khazanah di perut dan di atas bumi
Inilah kehendak ertinya hidup
Usah biarkan layu dan redup.

Bangunlah dari lelapmu
Jangan bermain dengan mimpi
Yang bukan nyata sekadar ilusi
Kerana di bahumu dipikul janji
Wajib ditunai jangan dimungkiri
Inilah hasrat hidup hakiki
Sebagai manusia yang sejati.

Bangunlah dari lelapmu
Tika kokok ayam kian mengiang
Bagai berkata hari dah siang
Isi hatimu jangan bergoyang
Dalam benakmu jangan melayang
Kerana melihat bayang-bayang
Ilusi penari Si Ulit Mayang.

Bangunlah dari lelapmu
Kerana gelap telah berlalu
Buka jendela bukalah pintu
Kepada Tuhan memohon restu
Pijaklah bumi tanpa dibantu
Banyaknya rezeki sudah ditentu
Asalkan usaha tak kira waktu

Noorhamy
1 Mac, 2008

KU LIHAT

Ada suara manusia
Ada sorakan tangan
Juga ada lolongan serigala
Menang tewas sama cerita
Disorak dan dilolong.

Wajahnya seperti manusia
Tingkahnya bukan manusia
Tiada harga diri
Terlupa hidunya berlari
Tapi pengecut menampil diri.

Generasi muda
Mana wajahmu?
Jangan hitamkan wajahmu
Dengan lagak yang keliru

Hasil Nukilan: Noorhamy
30 Nov. 05

INILAH TAFSIR


Dalam erti ada tafsir
Dalam tafsir ada erti
Dalam tafsir ada tafsir
Dalam erti ada erti

Dalam tafsir sukar dimengerti
Umpama mimpi dalam mimpi
Dalam mimpi ada mimpi
Dalam mimpi ada satu mimpi
Dalam satu mimpi ada dua mimpi
Dalam mimpi berganti mimpi

Dalam tafsir berbagai erti
Rahsia tafsir tiada mengerti
Berganti tafsir berbagai erti
Berbagai erti berganti erti
Berganti erti berbagai tafsir
Berbagai tafsir tiada erti

Tiada erti tiada tafsir
Tiada Tafsir tiada erti
Tinggallah erti tinggalah tafsir
Tinggallah tafsir tinggallah erti
Erti dan tafsir menjadi tercicir.

Hasil Nukilan: Danial Pine

PADAH DADAH

Kaku tidak mengaku kaku
Tapi sudah berlaku
Kaku seperti mayat terpaku
Umpama ketul batu yang beku

Bergerak bagai bangkai bernyawa
Terhuyung hayang bagai melayang
Badan terkulai tersandar pulang
Mati terbujur tidak bergoyang
Wajah sayu bagaikan bayang

Bangsa tercemar,budaya terputar
Orang pintar menjadi pudar
Matilah bangsa budaya hampar
Pulanglah nyawa diusir badan
Persis harimau tinggalkan belang.

Hasil Nukilan: Danial Pine

CERMIN BUDAYA


Katakan samar tetapi kabur
Berdiri salah , duduk pun salah
Jadi mengalah tapi serba salah
Akhirnya juga menjadi lelah

Apakah itu kata biasa
Tetapi biasa ditempat kerja
Tunggu-tunggu akhirnya bersila
Dipandang dengan mata sebelah
Persis si ikan pilah-pilah

Dipanggil tidak di renung saja
Tunggu saja ada gilirannya
Gelisah wajah tidak dilayan
Akhirnya jadi si batu nisan

Budaya kita terbalik ukir
Siperut buncit jadi umpama
Sikepis perut tinggal kelaparan
Seperti mayat diawetkan

Orang kita budaya kita
Simata biru jadi tauladan
Semua orang menyembah rata
Orang kita buta tercelah

Duduk dipinggir tertungging juga
Hati mana tidak keruan
Kuman di seberang nampak menyerlah
Gajah di depan bagai tak nyata
Pelanduk di depan melenting pula
Hati rawan tersinggir juga
Lautan mana tidak terduga
Umpama haruan memakan anak

Hasil Nukilan: Danial Pine

HAKIKAT HATI


Suci berwudhuk mendirikan solat
Jiwa dan minda bersatu kiblat
Solat didirikan darjat mulia
Cermin amal alat bersolat
Sifat tawadhuk takutkan Allah
Seketul hati dalam pegangan
Hati tergerak menjadi syarat.

Berhentikan solat jadi mudarat
Memperelokkan diri mendiri solat
Rohani dan Jasmani terkunci akal
Akan tercela perbuatan mulia.

Raja hati segala anggota
kuasai hawa, nafsu tersirat
Pusat rujukan segala iman
Turunnya malaikat berhati mulia
Juga sarang syaitan dan iblis
membisikkan godaan setiap ruang
kepingin menguasai menjadi raja yang terbilang
Hakikat hati diri manusia.
Bersifat alpa jadi bencana.

Hasil Nukilan: Danial Pine

BANJIR


Banjir 1
Gendang dipalu-palu
Semua orang sibuk melaluk
Datang derma bertalu-talu
Mangsa senyum lebar

Banjir 2,3,4,5 dan seterusnya
Gendang sudah lama dipalu-palu
Namun ada dengar dan pura-pura tak dengar
Mangsa menangis mengenang nasib

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK

Friday, March 28, 2008

RENUNG


Siang malam silih berganti
Mengupas rahsia seribu erti
Setiap detik menanti hari
Yang dinanti belumlah pasti

Siang malam silih berganti
Mengupas rahsia seribu erti
Hidup perlu mencari dan berdikari
Untuk memimpin dihari nanti

Siang malam silih berganti
Mengupas rahsia seribu erti
Bila tiba hari dinanti
Tiada kudrat mengelak diri

Siang malam silih berganti
Mengupas rahsia seribu erti
penuhi waktumu dengan mengabdi diri
sebagai bekalan menemuiNya yang hakiki

PenaGila

KUNCI

Melangkah terus melangkah
Jangan sekali terundur langkah
Redah terus redah
Jangan sekali berpatah arah
Maju terus maju
Walau rintangan perlu dituju
Lebur besi kerana api
Lebur diri kerana hati
Fikir mati… tetap mati
Hanya tawakal bekalan diri
Berdikari umpama kunci
KepadaNya berserah diri

PenaGila

Thursday, March 20, 2008

KOKOK


Kokoklah sekuat-kuatnya
Kokoklah sepuas-puasnya
Kokoklah bekali-kali
Namun mereka tetap lali
Lali dari kebenaran
Lali kerana dunia
Lali kerana lena dan mimpi indah

Kau siapa…?
Kokok mu cuma
Suara sumbang
Menyakitkan telinga
Menganggu ketenangan
Menagih simpati
Dari mereka yang lalai

Tapi kau masih
Terus berkokok
Sehingga nyawa berkecai
Sehingga kebenaran menjelma
Meleburkan kebatilan
Sebagai peringatan
generasi mudamu

PenaGila

JERAT


Awas
Jerat ada di mana-mana sekarang
Di rumah
Di TV
Di radio
Di surat khabar
Di internet
Di mulut
Di hati
Mesti hati-hati
Jika tidak kita akan mati
Atau kita akan terpenjara
Seumur hidup

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK

CENGKAMAN MAUT

Tidak berapa apa
Namanya
Atau saja sekelumit
Asalkan ada
Tesilap langkah
Akan mencengkam
Sehingga maut

Hasil Nukilan: Hj Md Harun HK

Tuesday, March 18, 2008

TIDUR


Tidur disangka tidur
Namun memang kau tidur
Tubuh mu masih kaku
Seperti tidur tidak bangun

Hei…! kau makan benda kotor
Dunia mu sekarang gelap
Tiada penghujung kegelapan
Tidur mu tetap tidur.

Sekejap kau bingung
Sekejap kau meracau
Tapi tidak menemui jawapan
Kerana kau masih tidur

Sekarang duniamu entah di mana
Berpijak tak terasa umpama tanpa jasad
Merana tak terkata
tapi tidak ada jalan pulang

Waktu mu telah sampai
Sekujur tubuh menanti balasan
Tidur mu bukan lagi impian
Hanya menanti kesengsaraan

Benda itu… benda itu… benda itu…
Bukan penyelesaian
Bukan ketenangan
Bukan keamanan
Tapi kekecewaan yang mendatang

PenaGila