CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 4, 2008

MENDAYUNG HARAPAN


Duduk mu bertemankan sepi
dikekang mendung tiada penghujung
disaat suria menyinari alam
tunas-tunas hijau
menikmati hujanan kemewahan…

dimasa dan saat yang sama
kau umpama diulit mimpi ngeri…
mimpi gelap tanpa sudahnya

disisi coretan yang berbeza
diwaktu tunas hijau lainnya
mendayung kehidupan dengan kesenangan
kau terpaksa membanting tulang
mencari-cari seteguk harapan

hari- hari mu
hanya berbekalkan
sedikit harapan, tawakal dan usaha
bukan berharap meminta-minta
cuma mahu mendapat
secebis simpati serta dihormati

malangnya kau…
kau tetap
dicemuh…
dihina…
dan dicerca…
tanpa terdetik di hati mereka
sekelumit rasa simpati

namun
disaat kau layari kehidupan ini
kau berserah dan berdoa
memohon setitis harapan
kerana kau tahu…
kerana kau percaya…
bukan semua mereka
jahil…
bongkak…
dan kufur…
dari rahmat Allah yang pemurah

PenaGila

0 comments: