CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 21, 2008

RAHMAT

Tuhanku sujudku padaMu
Mengemis lautan kasih, dalam naungan rindu mendakap kejap
Kerana di sini aku sendiri, tanpa teman menemani
Ketika aku mencari-cari siapa diri

Tuhanku tanpa sedar
Usia senja mengamit aku dalam ulitan nikmat
Di pentas syurga dunia, sering menipu mata dan hati
Yang lalai terlerai di buai mimpi dusta.

Tuhanku
Izinkan aku baring di pangkuanMu
Izinkan aku mengemis redha dan rahmat
Mohon basahi bibir dengan kalimah
Mohon lembutkan lidah dengan kitabullah
Agar perjalanan di hujung hayat
Selamat berkat
Di titian siratul mustaqim hari akhirat

Hasil Nukilan: IRAHAS H.T
9 Rabiulakhir 1425/ 15 April 2008

0 comments: